Aku dah malas nak melukis sesuatu yang cibai menggunakan menatang jadah mouse ni. Boleh kreng tangan. Aku ni memang ketinggalan zaman la. Sekarang ni sudah isu Adam Adli disegani, tapi aku baru dapat tahu pasal orang tua nak meludah-ludah. What da Dammit. Ludah pun boleh jadi isu, bendera pon boleh jadi isu. Politik memang suck la. Soalannya sekarang, tiada kisah pasal ludah dah, kisah pasal Adam Adli disegani adalah. Sekarang panglima tu yang duk kene balun. Apa cerita sekarang? Apa lagi sekarang? Apa perkembangannya sekarang.
Ya, mungkin sekarang namanya sudah berjaya menaiki tangga teratas orang paling berpengaruh di Maleis. Mungkin berjaya mengalahkan rekod jejaka-jejaka tampan Malaysia yang dikehendaki oleh para gadis. Mungkin mampu buat anak-anak gadis berteriak gedik ala-ala mintak pelempang selepas melihat video pengakuan paling berani dan macho.